PENDAHULUAN
Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu
tahun dahulu (7,000 – 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan
yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan
kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan
ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai,
sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga.
Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk
tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri
yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% – 15% keperluan negara di
bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi
tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.
1. TUJUAN
PEMELIHARAAN
Pemeliharaan
kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan
untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang.
Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas
dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.
2. BAKA-BAKA
KAMBING
Baka-baka
kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang
yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing
kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing
susu.
Susu kambing
didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan
manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini
dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu
dan manusia:
|
Jenis susu |
Air |
Lemak |
Protin |
Gula |
% Abu |
|
Ibu |
87.8 |
3.8 |
1.2 |
7.0 |
0.2 |
|
Lembu |
87.3 |
3.7 |
3.3 |
4.8 |
0.7 |
|
Kambing |
87.6 |
4.1 |
3.7 |
4.7 |
0.7 |
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan
untuk pemeliharaan:
2.1 Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia
dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini
mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke
belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang
pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah
lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- – 60 s.m. Kulit badan
nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan
kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar
adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah
sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg
dalam masa 4 – 6 bulan.
|
Berat Lahir |
Berat Dewasa |
|
Jantan : 1.6 kg |
Jantan: 25 – 30 kg |
|
Betina: 1.8 kg |
Betina: 20 – 25 kg |
2.2 Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya
dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk
membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran
daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang
cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing
kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak
lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna
campuran hitam dan kekuningan.
|
Berat Lahir |
Berat Dewasa |
|
Jantan: 3 – 4 kg |
Jantan: 68 – 91 kg |
|
Betina: 3 – 4 kg |
Betina: 36 -63 kg |
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara
meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
2.3 Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka
Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini
disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain
dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu
(dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang
dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan
mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m.
Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu
badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan
seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna
tersebut.
|
Berat Lahir |
Berat Dewasa |
|
Jantan: 3.5 kg |
Jantan: 70 – 85 kg |
|
Betina: 3.9 kg |
Betina: 55 – 70 kg |
Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya
boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 – 300 kg bagi satu laktasi.
2.4 Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan
kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan
juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen,
Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di
kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara
ini ialah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua
induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini
boleh meningkat berat badan sebanyak 18 – 25 kg dalam lingkungan umur setahun.
Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari
kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg – 2.5
kg seekor.
2.5 Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di
Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di
hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga.
Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan
pendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang
di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500
kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
|
Berat Lahir |
Berat Dewasa |
|
Jantan: 3.0 kg |
Jantan: 68 – 91 kg |
|
Betina: 3.3 kg |
Betina: 36 – 63 kg |
RINGKASAN 2:
Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan
untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan
susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen,
Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan.
Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca
dan banyak mengeluarkan susu
3. CARA-CARA
PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana
tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka
perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih
kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa
kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih
hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh
sifat-sifat yang dikehendaki.
Pemilihan baka
boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:
i. Baka
dan keturuanan
ii. Bentuk badan atau konformasi:
a.Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah).
3.1 Cara
Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara
baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing
tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak
dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara
butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
i.
Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
ii. Kenaikan berat badan yang cepat
iii. Berat badan semasa 1 tahun
iv. Keluaran susu yang banyak
v. Jarak kelahiran yang rapat.
3.2 Cara
Pemilihan Konformasi Badan
3.2.1 Cara-cara
Pengamatan
|
Sifat |
Jantan |
Betina |
|
Warna |
Warna |
Sama |
|
|
|
|
|
Kulit |
Lembut, |
Lembut, |
|
|
|
|
|
Saiz |
Besar |
Sedang |
|
|
|
|
|
Kepala |
Sederhana, |
Panjang |
|
|
|
|
|
Leher |
Tidak |
Leher |
|
|
|
|
|
Dada |
Bidang |
Sederhana |
|
|
|
|
|
Rangka |
Bulat |
Rangka |
|
|
|
|
|
Badan |
Gempal, |
Badan |
|
Bahagian |
Lurus, |
Lurus, |
|
|
|
|
|
Kaki |
Lurus, |
Lurus, |
|
|
|
|
|
Kaki |
Tegap |
Lurus, |
|
|
|
|
|
Tapak |
Rata |
Rata |
|
|
|
|
|
Buah |
Zakarnya |
Rata |
|
|
|
|
|
Tetek |
|
Teteknya |
|
|
|
|
|
Tabiat |
Cergas, |
Cergas |
|
|
|
|
|
Kesihatan |
Sihat |
Sihat |
3.2.2 Cara
Perabaan
Cara perabaan
adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang
mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang
mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.
3.2.3 Teknik
Berdasarkan Penilaian
Penggunaan cara
ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap
bahagian fizikal badan.
|
Nilai Tertinggi |
Bahagian Tubuh Yang Dinilai |
|
|
Betina |
Jantan |
|
|
5 |
7 |
A. KEPALA
|
|
3 |
4 |
B. BADAN
|
|
20 |
22 |
C. ANNGOTA
|
|
5 18 |
6 6 |
D. AMBING/SKROTUM
|
|
6 |
8 |
E. PENGAMBILAN SECARA UMUM
|
|
|
|
F. KEISTIMEWAAN |
|
100 |
100 |
JUMLAH |
RINGKASAN 3
Sebelum
membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih
dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri
yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang
telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat
membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca
dan penyakit.
RAJAH
MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA
4. PEMELIHARAAN
UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran
daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh
menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
4.1 Membiak
Memelihara
kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk
pengeluaran daging
4.2 Penggemukan
(Fattening)
Memelihara
anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun
setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk
sembelihan.
5. CARA
PEMELIHARAAN
5.1 Pemilihan
Kawasan
Pemilihan
kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang
dipilih sepatutnya:-
·
Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga
pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
·
Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem
pengaliran air dan udara yang baik.
·
Jauh dari jalan raya yang sibuk.
5.2 Sistem
Pengurusan
Di antara sistem
pengurusan pemeliharaan kambing adalah:
5.2.1 Sistem
Berkurung (intensif)
Sistem ini
memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut.
Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu
konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini
diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau
untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi
kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan
jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih
dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan
dan pengesanan penyakit.
5.2.2 Sistem
Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan
kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari
dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di
mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk,
ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih
baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan
mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit
boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
5.2.3 Sistem
Ragut Lepas
Sistem ragut
lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas.
Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut
sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang
banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah
kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di samping itu
juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan empunya tidak
dapat melihat ternakannya setiap masa.
RINGKASAN 5
Kawasan yang
dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak
pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan
sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem
berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.
6. PANDUAN
PERUMAHAN
Perumahan adalah
perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca
melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan
perlindungan.
6.1 Kedudukan
rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
·
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.
Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat
dengan kandang jika boleh.
·
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara
dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini
adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
6.2 Apabila
membina kandang keperluan-keperluan yang penting
untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan
kambing-kambing
adalah:
·
Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
·
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang
terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
·
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di
sekeliling kandang
·
Tidak terkena angin yang kencang
·
Terpelihara dari hujan dan panas
·
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
·
Ruang makan dan minum mencukupi
·
Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti
terseliuh atau patah tulang.
RINGKASAN 6
Bagi membina
sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan
kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu,
pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing
contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang
baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
7. PEMBINAAN
KANDANG
Kandang boleh
dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai
tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara
yang baik dan juga senang dicuci.
7.1 Lantai
·
Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
§
tahan lama – misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air
kencing
§
mudah dicuci
§
tidak licin
§
tidak mencederakan
§
tidak mudah lembab
·
Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang
berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang
dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang
jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 – 1.8 s.m.
tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan
tersepit).
·
Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara
0.7 – 1.4 meter persegi (8 – 15 kaki persegi).
A. PELAN
RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANG
|
Insert picture Insert picture Insert picture
|
7.2 Dinding
·
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah
kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding.
Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan
papan.
·
Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
§
Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada
papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 – 2.0 s.m. yang memerlukan
ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
§
Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan
anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 – 12 s.m.
7.3 Bumbung
Bahan-bahan yang
boleh dibuat bumbung termasuklah:
·
Nipah – bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan.
(Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
·
Zink – mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu
panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika
menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan
untuk pengedaran udara yang baik.
·
Asbestos – bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi
ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah
terbakar.
·
Aluminium – dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
7.4 Palung
Makanan
Palung makanan
boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang
jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian
atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau
digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas
abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat
di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah
disediakan di dalam baldi atau besen.
RINGKASAN 7
Bagi
merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah
dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan
sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 – 1.4
meter persegi ( 8 – 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan
secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
8. PENGURUSAN
8.1 PENGURUSAN
TERNAKAN
Pengurusan
kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan
beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada
peringkat-peringkat seperti berikut:
a. Lahir hingga
cerai susu (3 atau 4 bulan)
b. Cerai susu hingga bunting
c. Pengurusan kambing dewasa
d. Pengurusan kambing bunting hingga kelahiran
e. Pengurusan baka-baka jantan
f. Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
8.1.1 Lahir
hingga 3 bulan
·
Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum
dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya
untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat
menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan
diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal
ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting
ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu
julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.
Purata kandungan
kolostrum berbanding dengan susu biasa:
|
Kandungan |
Kolostrum |
Susu Biasa |
||
|
0 jam |
12 jam |
24 jam |
||
|
Pepejal penuh % |
24.75 |
20.71 |
17.00 |
12.86 |
|
Abu % |
1.12 |
1.04 |
0.96 |
0.72 |
|
Lemak % |
6.00 |
5.50 |
5.00 |
3.60 |
|
Protein % |
11.35 |
9.60 |
7.07 |
3.25 |
|
Immunglobin mg/ml (antibodi) |
38.23 |
32.22 |
21.52 |
|
·
Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan ‘iodine’ supaya
cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman.
Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti
penyakit.
·
Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4
bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak
kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak
kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.
·
Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana
makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas
lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu
mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang
dijalankan.
Kandang tempat
menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering
dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing
adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat
memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur
boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak
kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu
melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh
dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 – 2 titik minyak
ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih
kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan
mengikut umur.
8.1.2 Selepas
Cerai Susu Hingga Dewasa
Selepas cerai
susu dalam lingkungan 3 – 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka
diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan
pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun.
Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan
anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila
meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak.
Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.
8.1.3 Pengurusan
Kambing Dewasa
Penjagaan
terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1
tahun.
8.1.4 Ibu
Bunting dan Selepas Kelahiran
Ibu-ibu yang
telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan
anak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program
pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu
sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan
kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni
yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk
melindungi anak dari kesejukan.
8.1.5 Baka
Jantan
·
Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang
betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing
jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan
kecederaan dapat dielakkan.
Setiap ekor
jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.
·
Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik
dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman
dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan tidak
cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku
hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak mengganggu semasa mengawan dan
menjejas kesihatan
·
Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9
bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.
8.1.6 Pengurusan
Penggemukan
Jika
kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging,
penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah.
Faktor penting
di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi
mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak
kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam
bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat
badan mencapai 20 – 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan
kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum
dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai
nilaian protein yang tinggi.
8.1.7 Pengurusan
Kambing Sakit/Cedera
Kambing yang
sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan diberi rawatan segera.
Pihak Pejabat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan
atau nasihat selanjutnya.
8.2 PENGURUSAN
AM
Pengurusan Am
merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
a. Kawasan
b. Buruh
c. Jadual Pengurusan
d. Pengenalan Ternakan
e. Pengasian
f. Mematikan Tanduk
g. Memotong Kuku
h. Menggunting Bulu
i. Kawalan Kutu
8.2.1 Kawasan
Kebersihan
kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau
longkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura.
Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang.
Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan
ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan
perkahwinan tidak diingini.
8.2.2 Buruh
Buruh samada
yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur
dan mudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut,
bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan
sahaja, kandang pula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain
haruslah diuruskan secara teratur.
8.2.3 Jadual
Pengurusan
Penyelarasan
bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa
ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk,
beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian
ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa
meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar
pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
8.2.4 Pengenalan
Sekeping kad
rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan.
Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di
telinganya supaya mudah untuk pengenalan.
8.2.5 Pengasian
Pengasian anak
kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 – 5 minggu.
Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan
untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
8.2.6 Mematikan
Tanduk
Pertumbuhan asas
tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara
sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah
tumbuh, ianya perlu dipotong.
8.2.7 Memotong
Kuku
Kambing yang
tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya
menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan
penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan
dibersihkan dari kotoran.
8.2.8 Menggunting
Bulu
Kambing kacukan
terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang
kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek
perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu
bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.
8.2.9 Kawalan
Kutu
Masalah kutu
tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara
sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam
kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.
RINGKASAN 8
Pengurusan
yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan.
Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am.
Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan
yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu
yang bunting. Pengurusan ama pula meliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual
kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting
bulu dan kawalan kutu.
9. CARA PEMBIAKAN
9.1 Kaedah
I. Pembiakan
boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
·
membiak dengan menggunakan baka jantan
·
membiak melalui permanian beradas
Di
antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas
adalah:
·
dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
·
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
·
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun
baka tersebut telah mati
·
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam
pemeliharaan baka-baka jantan
II. Disamping
kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang
mungkin timbul adalah:
·
penentuan biang dan waktu permanian
·
menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
·
boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik
dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah
disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih
belum digunakan secara meluas.
9.2 Umur dan
Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan
mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini,
perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya
tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil
dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan
1 tahun – 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 – 25
kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.
9.3 Pengenalan
Berahi
Berahi
menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
·
tidak tenang (gelisah)
·
mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
·
mengembek terus menerus
·
sering kencing
·
kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi
12 – 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 – 24 hari, puratanya 20 hari.
9.4 Lilitan
Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang
kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi
ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui
kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara
bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan
menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan berat
kambing tersebut:
|
Lilitan Dada (sm) |
Berat (kg) |
Lilitan Dada (sm) |
Berat (kg) |
Lilitan Dada (sm) |
Berat (kg) |
|
27.3 |
2.3 |
54.0 |
16 |
80.6 |
44 |
|
20.6 |
2.5 |
55.2 |
17 |
81.9 |
46 |
|
29.8 |
2.7 |
56.5 |
18 |
83.2 |
48 |
|
31.1 |
3.4 |
57.8 |
19 |
84.5 |
50 |
|
32.4 |
3.2 |
59.1 |
21 |
85.7 |
52 |
|
33.7 |
3.6 |
60.3 |
22 |
87.0 |
55 |
|
34.9 |
4.1 |
61.6 |
23 |
88.3 |
57 |
|
36.2 |
4.5 |
62.9 |
25 |
89.5 |
59 |
|
37.5 |
5.0 |
64.1 |
26 |
90.8 |
61 |
|
38.7 |
5.5 |
65.4 |
27 |
92.1 |
64 |
|
40.0 |
5.9 |
66.7 |
29 |
93.3 |
66 |
|
41.3 |
6.8 |
67.9 |
30 |
94.6 |
68 |
|
42.5 |
7.7 |
69.2 |
31 |
95.9 |
70 |
|
43.8 |
8.6 |
70.5 |
33 |
97.2 |
73 |
|
45.1 |
9.5 |
71.8 |
34 |
98.4 |
75 |
|
46.4 |
10.5 |
73.0 |
35 |
99.7 |
77 |
|
47.6 |
11.0 |
74.3 |
37 |
101.0 |
80 |
|
48.9 |
12.0 |
75.6 |
38 |
102.0 |
82 |
|
50.2 |
13.0 |
76.8 |
40 |
104.0 |
84 |
|
51.4 |
14.0 |
79.4 |
42 |
106.0 |
89 |
JADUAL:
MENENTUKAN UMUR KAMBING DENGAN
PENGIRAAN GIGI-GIGI
|
|
9.5 Jangka
Masa Bunting
Tempoh
kebuntingan kambing adalah selama antara 145 – 155 hari atau puratanya 151
hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat
ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini:
|
Tarikh dikahwinkan |
Tarikh Dijangka Beranak |
||
|
Ogos |
Januari |
- |
3 |
|
September |
Februari |
- |
3 |
|
Oktober |
Mac |
- |
1 atau 2 |
|
November |
April |
- |
1 atau 2 |
|
Disember |
Mei |
- |
1 atau 2 |
|
Januari |
Jun |
- |
1 atau 2 |
|
Februari |
Julai |
- |
0 atau 1 |
|
Mac |
Ogos |
- |
3 |
|
April |
September |
- |
3 |
|
Mei |
Oktober |
- |
3 |
|
Jun |
November |
- |
3 |
|
Julai |
Disember |
- |
3 |
Carta ini dibuat
berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).
9.6 Jarak
Kelahiran
Jarak kelahiran
yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara
207 – 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka
purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk
seekor ibu.
RINGKASAN 9
Kambing boleh
dibiakkan dengan menggunakan pejantan atau teknik permanian beradas. Kematangan
berlaku pada umur 9 bulan, dikahwin pada umur 1.5 tahun pada berat badan 20 -
25 kg. Tempoh bunting ialah 145 – 155 hari dan jarak antara kelahiran 207 – 259
hari.
10. MAKANAN
DAN MINUMAN
Makanan adalah
perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk
pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya
sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang
tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai
kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan
menjadi sumber tenaga.
Makanan yang
seimbang mengandungi zat-zat berikut:
·
protein
·
karbohidrat (kanji)
·
lemak
·
vitamin
·
zat galian






